
Rozita Mohamed Kamarudin berkelulusan Master dalam Perakaunan dari Universiti Malaya.
Kerjaya sebagai Akauntan di syarikat pembinaan selama 13 tahun dan 2 tahun memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan disebuah syarikat korporat sedikit sebanyak membantu beliau dalam visi dan misi membantu usahawan dari sudut Perakaunan Syarikat, Audit dan Percukaian.
Bersesuaian dengan kerjaya sebagai Akauntan, Rozita secara peribadinya adalah seorang yang sangat terperinci dan tekun dalam membuat kerjanya. Dengan pakej yang ada pada beliau maka beliau berhjrah dari menjadi seorang pekerja kepada bekerja sendiri demi untuk berkongsi ilmu yang mampu membantu usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka.
Penghijrahan beliau telah membuahkan hasil apabila salah seorang dari kawan beliau (pemilik syarikat Konsultan Engineering) telah berjaya mendapat tender kerajaan dengan salah satu syarat utama untuk mendapatkan tender tersebut adalah menyediakan Akaun Syarikat yang lengkap.
Dengan kejayaan tersebut maka bermulalah Misi dan Visi beliau untuk melangkah lebih jauh lagi untuk membantu usahawan-usahawan yang pada pendapat beliau majoritinya mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan masing-masing.
Rozita juga sekarang sedang berjinak-jinak dalam bidang penulisan dan menjadi penceramah sebagai salah satu cabang bagi beliau untuk berkongsi ilmu dengan para usahawan.
VISI
Membawa mentaliti usahawan ke tahap “celik akaun”.
MISI


